Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?
Jawapannya cukup mudah!!
SELAMAT tapi
anda tidak akan mendapat manfaat maksimum daripada penyerapan vitamin
tersebut seperti mula-mula anda beli. Untuk pengetahuan anda, FDA tidak
meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput,
tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee
akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan
keberkesanannya.
Secara umumnya,
tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut
memberikan kesan maksimum. Kita mengambil vitamin untuk mendapatkan
beberapa manfaat kesihatan pada tubuh badan kita. Tapi kalau makan
vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik
adalah buang dan beli yang baru.
Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yang telah berubah bau dan warna.
Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin??
Menurut laporan
dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik
untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu
panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga
bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup
membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. Sebenarnya cara terbaik
adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda
menyimpan linen, tuala dan pakaian.
Kesimpulannya,
vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2 tahun melainkan
makanan tambahan yang berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya.
Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara
konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas
makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin
menghampiri tarikh tamat tempoh.
No comments:
Post a Comment