Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui
jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada
proses pemulihan, badan seseorang akan mula mnyingkirkan sisa toksik
yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda
dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan.
Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa
didahului dengan krisis pemulihan.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul,
apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan
bertindak balas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini
sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih
kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang
lama dengan tisu yang baru, pengimbangan dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak
pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui
detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila
anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada
permulaannya, lebihan karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia
akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi
apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan
bersih semula.
Adakah Krisis Pemulihan ( Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk,
tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia
sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses
penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana
ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk
membuat respon kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan.
Walau bagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia
mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan
kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu
lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala Yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis
penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain
hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga
berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis
pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement Untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan Sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda
akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan
usus yang lebih baik, dll).
Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah :
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten.
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan.
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus.
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang.
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih.
6. Keadaan tubuh yang kronik.
Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca :
- Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih.
- Sakit kepala, kepala terasa berat - Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi.
- Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan.
- Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon.
- Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah.
- Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah.
- Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru yang lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi.
- Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah).
- Sakit di bahagian otot dan sendi - Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit.
- Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat.
- Insomnia atau hiperaktif - Sistem saraf yang lemah.
- Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon.
- Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir.
- Pening, lapar - Hipoglisemia ( paras gula dalam darah yang rendah), anemia ( tidak cukup darah merah).
- Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati.
- Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang.
No comments:
Post a Comment